Tuesday 18 October 2016

Selepas Disoal Siasat Sah Memang Dah Kantoi.. Inilah Saat-saat Terakhir Pelakon Aidil Aziz Sebelum Dijatuhkan Hukuman Mati.. Lihat Apa Yang Dia Cakap Memang Sedih.. Bawa Bersabar Peminat Aidil Aziz

Selepas Disoal Siasat Sah Memang Dah Kantoi.. Inilah Saat-saat Terakhir Pelakon Aidil Aziz Sebelum Dijatuhkan Hukuman Mati.. Lihat Apa Yang Dia Cakap Memang Sedih.. Bawa Bersabar Peminat Aidil Aziz

Pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dua minggu lalu.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 28, dan dua rakan iaitu Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, hanya meng­angguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret di sini semalam.
Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkenaan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh secara bersama didapati mengedar dadah berbahaya iaitu ganja dengan anggaran seberat 465.61 gram di sebuah rumah banglo beralamat di No. 1 Jalan Ampang Ulu di sini pada pukul 12.40 te­ngah hari, 24 September lalu.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Perghh! Cantik Gila!! Korang Mesti Tak Pernah Tengok Wife Zarul Umbrella Gegar Vaganza Kan? Korang Mesti Tak Percaya tengok Wajah Isteri Dia Rupanya Pramugari! Memang Cun Gila!! Walaupun Berusia Tapi Body Mantapp! Gambar No 3 Tu Paling Cun!

Perghh! Cantik Gila!! Korang Mesti Tak Pernah Tengok Wife Zarul Umbrella Gegar Vaganza Kan? Korang Mesti Tak Percaya tengok Wajah Isteri Dia Rupanya Pramugari! Memang Cun Gila!! Walaupun Berusia Tapi Body Mantapp! Gambar No 3 Tu Paling Cun!






"Dasar Lelaki Penipu! Semua Itu Memang Benar! Nasib Baik Saya Putus Cinta Dengan Dia!!". Akhirnya ANISs Al-Idrus Buka Mulut Dedahkan Siapa Raja Afiq Sebenar Buat Orang Ramai Terkejut Beruk!! Wow!!

"Dasar Lelaki Penipu! Semua Itu Memang Benar! Nasib Baik Saya Putus Cinta Dengan Dia!!". Akhirnya ANISs Al-Idrus Buka Mulut Dedahkan Siapa Raja Afiq Sebenar Buat Orang Ramai Terkejut Beruk!! Wow!!

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Anis Al-Idrus meminta diberi ruang dan masa bagi menjelaskan pekara sebenar di sebalik perpisahannya dengan aktor kacak, Raja Afiq.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al Idrus, 28, berkata, buat masa sekarang dia lebih memilih untuk berdiam diri bagi menghormati keluarga dan pihak-pihak yang terlibat dalam perkara ini. 

"Saya akan menjelaskan perkara sebenar kenapa perpisahan ini berlaku beserta bukti tertentu pada masa dan ketika yang sesuai. 

"Buat masa sekarang, saya tak mahu beri sebarang komen untuk menghormati keluarga, dan 'pihak-pihak' yang terlibat," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Pasangan ini mengaku bercinta pada Julai lalu. 

Anis diminta mengulas apabila muncul beberapa dakwaan yang memburuk-burukkan dirinya daripada pihak tertentu selepas Raja Afiq mendedahkan hubungan tersebut berakhir.

Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selama kira-kira lima bulan.

Raja Afiq dalam satu kenyataan pada sebuah akhbar sebelum ini mendedahkan hubungannya dengan Anis sudah putus sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun Anis enggan mendedahkan apakah maksud 'pihak-pihak terlibat'  yang diperkatakan itu.


Monday 17 October 2016

[[VIDEO]] KEJADIAN TETAK 6 KALI SAMPAI MATI DI KUALA TERENGGANU,, MINIT KE 0.34 Sungguh Dahsyat TETAKAN Yang Di Buat,,,MasyAllah

[[VIDEO]] KEJADIAN TETAK 6 KALI SAMPAI MATI DI KUALA TERENGGANU,, MINIT KE 0.34 Sungguh Dahsyat TETAKAN Yang Di Buat,,,MasyAllah

Kejadian tetak dan tikam berlaku diperkarangan tempat letak kereta(parking) Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu, Bukit Besar yang melibatkan seorang lelaki melayu berumur dalam 30 an.

Mangsa ditikam oleh seorang lelaki yang juga kenalan mangsa yang berasal dari Kampung Baloh  Manir dan khabarnya masalah perkahwinan adik perempuan mangsa dengan  suspek.

Menurut Asisten Komisioner Wan Aziz Wan Hamzah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri berkata, mangsa yang berasal dari Kelantan itu mempunyai seorang adik perempuan yang mana mahu melihat dan mengambil butir-butir perkahwinan suspek yang dikatakan telah berkahwin sebelum ini.

Suspek 29 tahun yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang membawa adiknya ke pejabat agama terus bertindak menikam mangsa sebanyak 6 kali di sini.
Punca dikatakan perbalahan mengenai status suspek adalah suami orang dan telah berkahwin menyebabkan mangsa pergi ke Pejabat Agama Kuala Terengganu untuk memeriksa kesahihan perkara tersebut.

Kemudian berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa dalam bilik kaunseling selepas didapati suspek sudah beristeri dua.

Mangsa bersama adik perempuan bersiap untuk pulang ke parking kereta tetapi diekori oleh suspek dan berlaku pergelutan sehingga mangsa ditetak di bahagian tengkuk.

Kejadian disedari oleh pengawal keselamatan namun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan suspek bersenjatakan sebilah parang.

Pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes tersebut sehingga selesai.

Selain itu pihak Polis telah menjalankan OPP TUTUP bagi mengesan suspek dan disertakan dengan gambar kereta serta gambar yang disiarkan menerusi beberapa lamam media ketika ini.

Suspek yang menaiki kereta honda civic merah bernombor pendaftaran QMD 6252 telah melarikan diri dan orang ramai dapat memberi kerjasama untuk mengesan suspek serta melaporkan di balai polis yang berdekatan.


Pihak polis menjalankan siasatan diatas kejadian ini dan akan disiasata dibawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan atau Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Memang Malu Gila! Konsert Pertama Lagi Dah Jadi Benda Memalukan ni! Lihat 10 Perkara Yang Berlaku Sekitar Konsert Pertama Gegar Vaganza 3! Tengok No 2 Tu Paling Malu!!!

Memang Malu Gila! Konsert Pertama Lagi Dah Jadi Benda Memalukan ni! Lihat 10 Perkara Yang Berlaku Sekitar Konsert Pertama Gegar Vaganza 3! Tengok No 2 Tu Paling Malu!!!

Konsert pertama GegarVaganza 3 (GV 3) membuka tirai malam tadi.

Sebanyak 12 orang peserta mula membuka gelanggang dan menunjukkan kebolehan masing-masing.

Bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), GV 3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Siti Sarah yang membawakan lagu Jangan Kau Mimpi muncul sebagai peserta yang mendapat kutipan markah tertinggi dari tiga juri profesional, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap serta Datuk Yusof Haslam selaku juri undangan.

Astro Gempak menyenaraikan 10 perkara menarik yang terjadi di konsert pertama GV3.
1. Penonton mula menunggu di Auditorium MBSA seawal jam 6 petang walaupun konsert bermula jam 9 malam.

2. Suasana di Auditorium MBSA tak ubah seperti stadium bola yang meriah dan penuh dengan penonton! Semuanya sangat sporting!

3. Letupan dan bunga api pada akhir persembahan pembukaan oleh Siti Nordiana, Farahdhiya dan Ezad Lazim membuatkan penonton di dalam Auditorium MBSA terkejut. Kus semangat!

4. Kata kunci #GegarVaganza3 menjadi trending di laman sosial. Kebanyakan nama peserta seperti Siti Sarah, Zarul, Elly Mazlein dan Nora turut trending.

5. Mikrofon yang digunakan oleh Azharina mendapat perhatian netizen. Ada yang menyamakan sarung mikrofon tersebut dengan manik-manik yang terhias di busana Azharina. Ada juga yang berseloroh mengatakan mikrofon Azharina disaluti aluminium foil. Menyampaikan lagu Elegi Sepi, Azharina mendapat standing ovation dari juri tetap, Datuk Khatijah Ibrahim.

6. Peserta GV musim lepas turut memeriahkan Auditorium MBSA. Antara mereka yang hadir ialah Nassier Wahab, Haiza, Rahmad Mega, Azian Mazwan Sapuwan, Nizam Laksamana, Achong Sweetchild, Sharifah Zarina dan Hasnol.

7. Datuk Ramlis MS kelihatan sangat enjoy apabila Shidi Data mempersembahkan lagu Permaisuri. Tok Ram menggerakkan tubuhnya mengikut rentak lagu tersebut!

8. Ketika iklan, Jihan Muse dan Nabil Ahmad sempat mengusik rakan pelawak mereka, Shuib Sepahtu yang kelihatan gementar menunggu isterinya, Siti Sarah mempersembahkan lagu Jangan Kau Mimpi.

9. Ramai yang geram dan terus rasa lapar apabila melihat dua bucket KFC yang diletakkan bersebelahan meja juri. Nampak sungguh enak dan menyelerakan!

10. Shuib merupakan seorang suami yang sangat penyayang dan romantik. Ketika Sarah hadir di sidang media, Shuib sempat menelefon isterinya dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan Sarah merangkul tempat teratas untuk konsert pertama. Sarah kelihatan terharu dan hampir menitiskan air mata.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu kedua GV 3 bertemakan Memori Berkasih dan 12 peserta masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.


Terkini !!! Kes TETAK Sampai Mati : 2 Suspek Ditahan,,,SUSPEK UTAMA Masih Bebas,,POLIS MOHON ORANG RAMAI MENGESAN HAFIZ SUSPEK UTAMA..(TOLONG SEBARKAN)

Terkini !!! Kes TETAK Sampai Mati : 2 Suspek Ditahan,,,SUSPEK UTAMA Masih Bebas,,POLIS MOHON ORANG RAMAI MENGESAN HAFIZ SUSPEK UTAMA..(TOLONG SEBARKAN)

Pihak polis menahan 2 lelaki melayu bagi membantu siasatan mengesan saspek utama kes pembunuhan di parkir Kompleks Seri Iman, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu semalam.

Menurut kenyataan pihak Polis, pihaknya telah membuat serbuan pada jam 4.45 petang di dua kediaman dan dua lokasi berbeza  iaitu di  jalan Tanjung Bunut ,Buluh Gading dan Kampung Dusun Tembakau disini.

 Saspek pertama yang berumur 27 tahun itu merupakan pemamdu kereta Honda City(QMD 6252) berwarna merah  serta bekerja sebagai tukang rumah dan berasal dari Kampung Dusun Tembakau, Kuala Terengganu.

Bagaimana pun saspek memberitahu kereta yang dipandunya telah diserahkan kepada bapa saudara saspek utama semalam untuk tujuan disorokkan.

Berdasarkan maklumat itu, bapa saudara saspek utama yang berusia 55 tahun turut ditahan 15 minit selepas tangkapan saspek pertama.

sehubungan denganitu, beliau ditahan di tepi kawasan padang rumput tempat kereta saspek utama di sorok.

Pihak polis  masih meneruskan siasatan  dan usaha mengesan saspek utama  yang terlibat dalam pembunuhan Shukri Husin,34 di parkir tersebut sedang giat dijalankan.     


Jika disabitkan kesalahan  saspek akan didakwa dibawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan atau Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.  


Sunday 16 October 2016

AKHIRNYA TERJAWAB!! KEKASIH SUSPEK TAMPIL DEDAH CERITA SEBENAR SEBELUM KEJADIAN TETAK SAMPAI MATI DI KUALA TERENGGANU

AKHIRNYA TERJAWAB!! KEKASIH SUSPEK TAMPIL DEDAH CERITA SEBENAR SEBELUM KEJADIAN TETAK SAMPAI MATI DI KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu: Status lelaki yang mahu dikahwininya terbongkar pagi tadi apabila semakan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu mendapati lelaki itu sudah berkahwin, namun episod pilunya tidak berakhir di situ.

Abangnya ditikam lelaki terbabit sehingga mati di kawasan parkir di Kompleks Seri Iman, di sini sejurus membuat semakan itu dan kira-kira 7.30 malam tadi, dia melihat jenazah abangnya di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Azlina Husin, 27 tidak dapat menahan sebak sebaik dibenarkan melihat jenazah abangnya, Muhamad Shukri Husin, 34 yang juga kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menurut Azlina, dia tidak menyangka lelaki yang berperwatakan lembut itu tergamak bertindak sedemikian terhadap abangnya.

"Sebelum ini, dia kelihatan tenang apabila saya mahu hubungan kami ditamatkan sebaik status perkahwinannya terjawab.

"Dia hanya cakap OK dan abang saya mengajaknya untuk minum sebelum abang ipar memaklumkan abang mati ditikam lelaki itu," katanya.

Azlina dilihat menangis sambil ditenteramkan ahli keluarganya sebelum jenazah abangnya dibawa dengan van jenazah untuk dikebumikan di Kampung Kok Keli, Tumpat, Kelantan.

Van jenazah beredar dari pekarangan Unit Forensik HSNZ kira-kira 7.40 malam.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan sebaik tiba di kampung halaman isterinya yang kini sedang hamil anak sulung mereka.