Tuesday 11 October 2016

Filled Under:

Al-Fatihah.. PUNCA SEBENAR DAN Wajah Terakhir Pekerja Spa Sebelum Dibunuh dengan Kejam...MasyAllah..Kejamnya,, Tak Sanggup Nak Tengok Gambar No 2 Tu..Dunia Akhir Zaman Dah

    Al-Fatihah.. PUNCA SEBENAR DAN Wajah Terakhir Pekerja Spa Sebelum Dibunuh dengan Kejam...MasyAllah..Kejamnya,, Tak Sanggup Nak Tengok Gambar No 2 Tu..Dunia Akhir Zaman Dah

    Gadis berusia 20 tahun yang ditemui mati di sebuah spa di Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad lalu, disahkan dibunuh.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra, berkata pemeriksaan lanjut doktor perubatan ke atas mangsa mengesahkan punca kematian disebabkan sesak nafas dipercayai akibat dicekik.

    “Mengikut penelitian bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian gusi atas dan tulang hidung (patah) serta sebatang gigi kelihatan tercabut di bahagian atas yang dipercayai akibat hentakan benda tumpul.

    “Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa oleh doktor perubatan mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh sesak nafas akibat dicekik dan dipercayai mempunyai unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.
    “Susulan itu, siasatan menyeluruh dijalankan ke atas semua pekerja spa terbabit sebelum polis menahan dua lelaki  Positif dadah berusia 28 dan 25 tahun.

    Suspek pertama berumur lingkungan 28 tahun diberkas kira-kira pukul 2.30 petang di sekitar Kota Kinabalu, manakala suspek kedua yang juga pekerja spa berkenaan berumur 25 tahun pula ditahan kira-kira 11.30 malam Isnin di Kota Marudu,Dia disyaki suspek utama dalam kes ini.

    Tambahnya, siasatan awal mendapati gadis itu dipercayai dibunuh selepas dikatakan menolak lamaran suspek utama yang berusia 25 tahun.

    Norfazlina Abantas yang merupakan pekerja spa, ditemui mati oleh oleh majikannya dalam keadaan terbaring dengan darah keluar daripada mulut di spa berkenaan, kira-kira pukul 11.30 pagi, kelmarin

    Terdahulu, polis mengklasifikasikan kes kematian Norfazlina Abantas sebagai mati mengejut.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.







    0 comments:

    Post a Comment